Friday, December 14, 2012

Janganlah Bersedih..

Assalamualaikum dan selamat pagi, semua..

Alhamdulillah, rasa 'menang' di hati nie di pagi Jumaat nie. Sebabnya selama Mira duduk di Pangsapuri Ixora, inilah pengalaman pertama Mira tinggal di pangsapuri. Menimba ilmu di Universiti Multimedia membuatkan hati kecil ini mudah tergugat dengan ujian & dugaan yang kadang-kadang keterlaluan. Itulah lumrah kehidupan kan. Bersyukur sebab dikurniakan seorang mak yang betul-betul memahami. Mira menangis bila mengadu kat mak. Ahahaha, anak mak.. Kalau bukan mak, siapa lagi yang kita boleh percaya dalam dunia nie? Mak lah segala-segalanya kan. ^.^

Apa yang dapat kita ucapkan saat kasut kesayangan kita 'diusik' oleh orang yang tak bertanggungjawab? Tolonglah jangan buat benda yang tak masuk akal. Jadi matang lah. Kasut tu hadiah mak untuk Mira. Mira sangat-sangat sedih sebab Mira jenis yang menghargai. Maksudnya, bila seseorang berikan Mira hadiah, Mira akan jaga barang tu sebaik yang mungkin. Bukan sebab harga atau apa, tapi kenangan itu terlalu indah untuk dilupakan. Seorang mak akan membelikan apa sahaja untuk anaknya. Mira belum mampu untuk membalas jasa mak, tapi dengan menjaga & menghargai itulah cara Mira membalas. Mak, Mira sayang mak lebih dari semuanya. Tanpa mak Mira tak akan sampai ke tahap sekarang.

Mira ikut nasihat mak. Mira bertahan kerana mak. Mira jadi lebih kuat sebab adanya mak di sisi Mira. Mak, terima kasih sebab menjadi pendengar yang baik. Mira lebih senang mengadu dengan mak sebab mak faham Mira lebih daripada semua orang. Mak, Mira janji Mira akan jadi seorang anak yang baik. Insyaallah. Amin..
Saya Sayang Syafiq Arfan

Kisah KAMI: MiraSyafiq

My photo
Melaka, Alor Gajah, Malaysia
#Microeconomics #Accounting #Critical Thinking #Maths #Communicative English. "Foundation" yang mengerikan ! Itulah my sayang & my manja. Ya Allah, penat oh penat ! Semoga berjaya, ye Mira!