Bulan nie, hubungan kami genaplah 14 bulan. Rasa seperti baru semalam berkenalan dengan dia. Ya Allah, terima kasih kerana memberi aku cinta itu. Tak ternilai nikmatnya. Kalau aku boleh beritahu satu dunia yang aku bahagia dengan dia, akan aku kotakan. Memang rasa bahagia sangat. Tak dapat nak kata bahagia itu macam mana. Oleh itu Tuhan, peliharalah hubungan kami nie. Jauhkan kami daripada perselisihan fahaman dan jauhkan juga kami daripada orang orang yang penuh hasad dengki.
Saat anak mata aku menatap wajahmu memang aku teruja dengan kebesaran Tuhan yang mencipta kau sesempurna makhluk. Memang sedap mata memandang. Orangnya tinggi lampai, berkulit kuning langsat, berjanggut sedikit, bermata redup, berkening halus dan berbibir merah. Meluangkan masa bersama dia seperti rasa janggal kerana rasa malu itu menebal saat pertama kali bersua.
Sayang, terima kasih untuk segalanya. Aduh, terharu lah. Sayang, tak boleh tanpa kau.
Saya Sayang Syafiq Arfan