Tuesday, October 9, 2012

Adakah anda bahagia? Fikirkan...

Tengah-II tunggu abang kat dapur kedai tu masakkan nasi goreng petang tadi, aku terpandangkan gelagat tiga beradik nie. Aku tak dengar sangat apa yang tiga beradik nie bualkan. Tapi melihat tingkah laku mereka cukup buat aku mengerti situasi itu. Kesian. Itu je yang aku mampu simpulkan.

Aku bukanlah anak orang kaya-II. Tetapi aku bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan nie. Rasa sayu tu terselit kat hati nie. Rasa betapa beruntungnya aku dengan kemewahan yang mak & ayah ku berikan. Rasa kesian tu semakin menjadi-jadi bila ku lihat mereka berkongsi makanan & tidak memesan minuman langsung.

Ya Allah, dalam dunia nie memang ada macam-macam ragam manusia. Tetapi inilah kali pertama ku berhadapan dengan situasi seperti ini. Tapi ku yakin Kau menguji hambamu ini kerana Kau sayangkan mereka. Ada orang memiliki segala-galanya tetapi hati mereka kosong, jiwa mereka dahagakan kasih sayang. Ada pula yang serba kekurangan tetapi berbekalkan wang saku yang cukop-II makan tu membuatkan kehidupan mereka lebih bahagia. Sebabnya orang susah nie selalu ingat Allah & selalu bersyukur dengan rezeki yang mereka perolehi walaupun sedikit.

Janganlah kita pandang hina pada mereka yang susah kerana walaupun kita senang belum tentu kita dapat mengecapi kebahagiaan seperti mereka. Mereka tidak hipokrit. Mereka jujur dalam setiap perlakuan & bertindak dengan penuh hati-II. 

Aku teringatkan kisah yang ku baca dulu. Pada suatu petang yang hening tu, ada dua situasi yang berbeza yang boleh kita jadikan pedoman. Sebuah rumah banglo yang tersergam indah itu dipenuhi dengan landskap yang mengagumkan & memiliki pelbagai kereta mewah. Rumahnya besar & menggaji ramai pembantu rumah. Tapi sayang, tuan rumah itu sedang memendam rasa dengan perilaku anak-anaknya yang pentingkan diri sendiri. Petang itu merupakan hari yang paling suram bagi Dato & Datin yang tinggal di banglo mewah tersebut. Namun, daripada sudut pandangan sepasang suami isteri yang lalu di hadapan banglo itu berbeza. Mereka suami isteri hanya memiliki sebuah basikal tua. Pakaiannya lusuh & bercompang-camping. Tetapi mereka bahagia & si isteri tidak pernah lupa untuk memeluk suaminya. Bagi pandangan mata kasar mereka, Dato & Datin itu sedang bersenang-senang menikmati minum petang yang telah siap tersedia. Hakikatnya, Allah itu Maha Adil. Setiap kesenangan yang Allah titipkan pasti akan munculnya ujian untuk menguji tahap keimanan kita.

Saya Sayang Syafiq Arfan

Kisah KAMI: MiraSyafiq

My photo
Melaka, Alor Gajah, Malaysia
#Microeconomics #Accounting #Critical Thinking #Maths #Communicative English. "Foundation" yang mengerikan ! Itulah my sayang & my manja. Ya Allah, penat oh penat ! Semoga berjaya, ye Mira!